Sunday, 24 April 2011

Orang tamak selalu rugi?

Di zaman sekolah dulu kita selalu mendengar malahan kita belajar dari cikgu kita tentang peribahasa "orang tamak selalu rugi, bagai anjing dengan bayang-bayang". Persoalannya bolehkah peribahasa itu dipakai di zaman sekarang? benarkah orang yang tamak itu selalu rugi?. Jika kita lihat keadaan semasa, orang yang tamak itu yang selalu untung. Selagi dia boleh bedal, dia bedal tak kira la apa pun, duit ke, projek ke, perniagaan ke dan bermacam-macam lagi. Semakin tamak, semakin untung pulak tu. Mana logiknya peribahasa itu tadi? Sebenarnya begini, orang tua-tua dulu buat peribahsa ada sebabnya. Mereka tidak hanya suka-suka untuk membahasakan sesuatu. Mungkin ada cerita disebaliknya yang kita tidak tahu. Ada yang bertanyakan pada nenek atau datuk mereka, "tok kenapa tamak dikaitkan dengan anjing? kenapa tak kucing ke, ayam ke, itik ke?".  Kenapa ye? mungkin pada masa itu orang tua-tua melihat anjinglah binatang yang tamak, selalu berebut makanan, mungkin? Ini satu kemungkinan sahaja.

Ada pula yang menggunakan peribahasa ini sebagai malas nak belajar sehinggakan berkata "buat apa nak tamak-tamak belajar, setakat lulus dah le". Itu tidak benar sama sekali. Dalam pembelajaran hendaklah kita menguasai semua subjek dan itu bukanlah bererti kita tamak. Ada faham? Kepada pelajar-pelajar, janganlah menggunakan peribahasa ini untuk menunjukkan sifat kemalasan anda tu. Dalam pekerjaan juga begitu, selalu kedengaran ayat begini "ishhhh, ko tengok budak baru tu, tamak beb, semua benda nak buat, nak bodek bos la tu, macam la bagus", dalam pekerjaan tiada konsep tamak, kau inginkan yang terbaik, buatlah yang terbaik  dan bukan bererti kau ingin jadi yang terbaik itu tamak. 

Jadi bila perkataan tamak ni kena pada waktunya atau perbuatannya? begini, katakanlah korang sudah mempunyai sesuatu yang sememangnya sudah cukup untuk korang, tetapi korang masih nak benda yang sama sedangkan korang dah ada dan korang memang tak perlukan benda yang sama seperti yang korang ada, dan korang masih nak jugak benda tu sehinggakan orang lain tidak mendapatnya akibat ketamakkan korang...itulah yang dikatakan tamak..so, kalau sifat yang sebegini ada pada korang, memang sah korang ni tamak. Sebab korang tamak, orang lain tak merasa.

Friday, 22 April 2011

7 Benda Ajaib Dalam Dunia


Pertama : Taj Mahal
Taj Mahal terletak di tebing Sungai Jumna, Agra, India. Taj Mahal adalah antara salah satu binaan yang amat terkenal di dunia. Di bina oleh Maharaja Shah Jahan untuk mengigati isterinya yang ke-5 iaitu Mumtaz Mahal. Mula dibina pada tahun 1632 dan siap pada tahun 1648. Seninya yang halus dan teliti membuatkan Taj Mahal kelihatan unik kerana Taj Mahal dibina dengan menggabungkan elemen-elemen dari Parsi, Islam dan India.


Kedua : Tembok Besar China
Tembok Besar China adalah tembok yang terpanjang di dunia. Ia berukuran kira-kira 6,400 km. Tetapi pada tahun 2009, dengan menggunakan teknologi baru dan canggih, pakar arkaeologi telah mengukur semula dan mengatakan bahawa panjang sebenar tembok tersebut adalah kira-kira 8,851.8 km. Tembok Besar China dibina sekitar 200 SM.


Ketiga : Piramid
Piramid yang terkenal adalah Piramid Besar Kufu yang terletak di Giza. Piramid ini telah mengambil masa selama 20 tahun untuk disiapkan. Ianya disiapkan dengan menggunakan 2 juta batu blok yang setiap satunya adalah seberat 1,000 kg dan tapaknya pula seluas 5 hektar manakala tingginya 482 kaki.


Keempat : Taman Tergantung Babylon
Taman Tergantung Babylon terletak kira-kira 50 km ke selatan Baghdad, Iraq. Taman ini dibina oleh Raja Babylonian iaitu Nebuchadnezzar II sekitar 600 SM.


Kelima : Angkor Wat
Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke-12. Pembinaan Angkor Wat memakan masa selama 30 tahun. Ianya terletak di Kemboja. 


Keenam : Menara Condong Pisa
Menara ini terletak di Bandar Pisa, Italy bersebelahan Gereja. Ketinggian menara ini adalah 183.27 kaki. 


Ketujuh : Candi Borobudur
Candi Borobudur terletak di Borobudur, Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Dibina sekitar 800 masihi. 


Thursday, 21 April 2011

Ronaldo Vs Messi

Bila sebut je bola, mesti 2 nama ni akan jadi topik perbualan, Ronaldo or Messi? Lebih-lebih lagi di La Liga, Spain dimana tempat kedua-dua pemain ini bertembung antara satu sama lain. Kedua-dua pemain ni seringkali dibandingkan bagi menentukan siapa yang lebih bagus. Tapi pagi tadi Ronaldo akhirnya menunjukkan kehebatan apabila menjaringkan goal kemenangan pada masa tambahan. Dengan goal tersebut, Ronaldo telah menghadiahkan Real Madrid "Copa Del Rey". Inilah kali pertama Real Madrid memenangi piala sejak tahun 2008. Selalunya pasukan Real ni memang susah untuk menewaskan pasukan Barcelona. Tapi kali ini Real Madrid berjaya mengatasi Barcelona dengan jaringan dari Ronaldo.


Dua pemain yang bertaraf "world class" ini memang selalu mendapat perhatian peminat. Malahan kedua-dua pemain ini juga disenaraikan sebagai antara pemain bola sepak terbaik dunia. Akan tetapi buat 2 tahun berturut-turut Messi telah menewaskan Ronaldo dalam perebutan title FIFA World Player of the Year. Ronaldo pernah memenanginya pada tahun 2008 manakala Messi memenanginya pada tahun 2009 dan 2010. Ronaldo lebih popular dengan cara kehidupan sosial beliau berbeza dengan Messi, kehidupan sosial beliau tidak banyak ditayangkan diakhbar-akhbar dan majalah. Ini kerana Ronaldo memiliki kehidupan sosial yang agak liar berbanding Messi. Ronaldo dikatakan suka berfoya-foya dengan perempuan dan suka melepak di kelab-kelab malam ternama. Apa tidaknya, dah la muda, kaya pulak tu, mestilah nak enjoy dulu.

Akan tetapi apabila di padang bola, kedua-dua mereka telah membuktikan kehebatan masing-masing. Di padang, mereka berdua adalah pemain profesional. Ronaldo dan Messi merupakan pemain yang amat berbakat, kedua-dua mereka ada kelebihan tersendiri.


Wednesday, 20 April 2011

Kasih bapa...



Telah banyak cerita yang mengisahkan kasih seorang ibu pada anaknya dan sememangnya kita ketahui betapa seorang ibu itu amat menyayangi dan mengasihi anak-anaknya. Tetapi berbeza pula dengan bapa, jarang sekali kasih seorang bapa itu diceritakan, ini mungkin sudah synonym pada kita bapa seolah-olah tidak begitu pengasih, bapa bekerja mencari rezeki untuk keluarga tetapi ibu yang menguruskan segalanya. Adakah ini benar? Adakah seorang bapa itu tidak begitu penyayang seperti seorang ibu?

Pernahkah anda menonton filem "Akele Hum Akele Tum"? walaupun ia sekadar cerita, tetapi hakikatnya memang berlaku dalam masyarakat hari ini dimana bapa yang menguruskan segalanya. Tidak dinafikan bapa-bapa ini jarang sekali ingin menunjukkan kasih sayang mereka pada anak-anak, ini mungkin kerana bapa adalah lelaki dan lelaki mempunyai sifat ego yang lebih dari wanita. Walaubagaimanapun ini tidak bermakna bapa tidak mempunyai kasih sayang terhadap anaknya, cuma bapa tidak terlalu menunjuk pada anak-anak mereka.

Tetapi bagaimana kalau bapa yang menjaga sepenuhnya anak mereka? maksudnya bapa tunggal yang sudah ketiadaan isteri. Sudah semestinya si anak amat mengharap kasih sayang dari si bapa. Jadi peranan bapa tadi lebih dari bapa yang mempunyai isteri. Dialah bapa dialah ibu. Maka kasih sayang si bapa tadi lebih jelas kelihatan. Ingatlah anak-anak, bapa juga amat menyayangi kamu semua. Dari benih bapa la Tuhan menciptakan kamu. Maka sayangilah bapa anda. So, anak-anak yang selalu mengatakan bahawa  bapa mereka tidak menyayangi mereka atau meminggirkan mereka, fikir sekali lagi. Anda silap sebenarnya. Jangan sampai bila  bapa anda sudah tiada, baru nak menyesal, masa tu segalanya sudah terlambat.

Tak tahu sabar...

Aku bengang melihat sesetengah orang atau lebih dikenali sebagai "client" ni. Mentang-mentang la ko beli barang or guna service orang dengan membayar duit korang, tak bermaksud korang boleh tengking or maki orang tu dengan sesuka hati. Mereka juga manusia bukannya lembu untuk dijerit di telinga. Aku pelik dengan sikap manusia melayan manusia yang lain semacam hamba hanya kerana dia membayar sesorang itu dengan duit. Sikap manusia yang tak tahu sabar yang dikenali sebagai "client atau boss" ni selalu mengungkapkan perkataan "client always right". Wahai "client2 and boss2" semua, tak de manusia normal dizaman sekarang ni yang "always right". 

Jangan memperlakukan orang sesuka hati. Mesti ada sikap bertimbang rasa dan bersopan santun. Jangan nak berlagak macam dunia ni ko yang punya. Ingatlah kehidupan dunia ni ibarat dunia itu sendiri yang bermaksud selalu berpusing. Ada ketikanya kita yang diatas akan berada dibawah juga. So, kalau korang tak nak orang lain bersikap kurang ajar pada korang, jaganlah korang buat perkara itu pada orang lain. Amalkan sikap sabar itu lebih baik dari anda memaki hamun orang. Selamat beramal.

Saturday, 16 April 2011

Kerana Duit...sanggup menggadai negara

Ada yang cakap, duit bukan segalanya, ada pulak yang jawab memang duit bukan segalanya tetapi sekarang punya zaman segalanya perlukan duit. Pada aku senang je, memang duit bukan segalanya kerana ada perkara dalam dunia ni kita tak akan dapat walaupun kita banyak duit akan tetapi penting jugak duit ni sebab sekarang payah nak dapat benda, perkhidmatan atau apa sahaja dengan percuma, semuanya ada nilai duit. Adakah disebabkan manusia sudah jadi mata duitan? atau manusia sudah rakus dengan kebendaan?. Kerana duit manusia sanggup buat apa sahaja walaupun perkara itu salah disisi Agama dan undang2. Kerakusan ini yang akan menyebabkan kemusnahan.

Tidak dinafikan perlunya duit ini dalam kehidupan sehinggakan ada lagu dicipta mengenai duit yang berbunyi "duit, duit, duit...dimana engkau duit, duit". Tetapi adakah kita akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan duit? sehinggakan sanggup menjual maruah negara? kemana perginya nilai-nilai murni dalam hidup manusia sekarang?. Mereka sanggup menggadaikan apa sahaja demi duit. Malahan ada yang sanggup menerima rasuah berjuta-juta ringgit kerana ingin mendapatkan kekayaan dengan begitu pantas. Negara kita digemparkan dengan berita penahanan pegawai-pegawai kastam yang disyaki menerima rasuah melibatkan wang yang begitu banyak. Dalam perkara ini siapakah yang perlu dipersalahkan? Jika benar mereka ini menerima rasuah ini bermakna negara kita mengalami kerugian akibat perbuatan pegawai-pegawai yang tidak bertanggungjawab. 

Jika negara mengalami kerugian ini bermaksud kita sebagai rakyat juga mengalami kerugian kerana hasil pendapatan negara akan diagihkan kepada rakyat. Jangan sampai negara kita tergadai disebabkan oleh pegawai-pegawai yang tidak amanah seperti ini. Jenayah rasuah perlu dihapuskan sama sekali kerana ia ibarat penyakit kanser yang boleh menular dan menjadi parah. Ingatlah wahai pegawai-pegawai atau kakitangan kerajaan yang telah diberi amanah untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara, jangan sekali-kali korang mencemari amanah itu dengan rasuah kerana akibatnya amatlah buruk. Jangan sampai rakyat membenci dan memaki anda kelak. 

Friday, 15 April 2011

Cinta tanpa akal...

Majoriti diantara kita tahu atau pernah atau ingin bercinta. Ada juga diantara kita apabila ditanya soal cinta lantas dan pantas menjawab serta menghuraikannya. Tetapi persoalannya benarkah mereka semua ni tahu apa maknanya cinta? atau sekadar pandai mendefinasikan cinta itu sahaja? Mana lebih penting cinta atau akal? soalan ini patut ditanya kepada mereka yang sedang bercinta. Mereka yang bercinta begitu taksub dengan pasangan sehinggakan lupa tentang tanggungjawab sebenar. Kerana cinta sanggup menyerahkan apa sahaja termasuk maruah, sanggup ketepikan ahli keluarga sendiri, sanggup membunuh dan sebagainya kononya bila bercinta sanggup melakukan apa saja, lautan api pun sanggup direnangi. Jika ini yang anda katakan cinta, anda salah sama sekali.

Bercinta tanpa menggunakan akal itu adalah satu kebodohan. Kerana akal yang dianugerahkan oleh Tuhan adalah untuk kegunaan manusia membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Bezanya manusia dengan binatang adalah akal, bukannya otak. Binatang pun ada otak juga tapi tak boleh berfikir pun. Apa yang aku lihat sekarang betapa meruncingnya masalah cinta ini terutama sekali dikalangan muda-mudi atau lebih dikenali sebagai remaja. Masalah yang berlaku dikalangan remaja kini amat menakutkan. Belum pun habis belajar, sudah bercinta sehingga mengabaikan amanah yang diberi oleh ibu bapa. Dengan adanya laman sosial seperti Facebook, mereka tanpa segan silu mengistiharkan diri mereka sebagai pasagan seolah-olah mereka sudah diijabkabulkan. Fenomena ini seolah-olah sudah biasa dan tiada salahnya.

Mereka seolah-olah sudah hilang sifat malu, bergambar bersama pasangan bukan muhrim tanpa rasa segan silu dan yang paling dasyat sekali menayangkan gambar tersebut dikalangan kawan-kawan. Mana letaknya sifat malu itu? Apabila nafsu telah bermaharajalela, akal yang dianugerahkan oleh Tuhan tidak dapat berfungsi dengan baik kerana nafsu dan iblis telah menguasai jiwa. Kerana itulah terjadinya masalah pembuagan bayi yang tidak berdosa. Sampai bilakah perkara dosa ini akan berterusan? apakah tindakan kita seterusnya? adahkah hanya menunding jari kepada orang lain? Renungkanlah wahai umat manusia, jika perkara sebegini berterusan kepada masyarakat kita, apakah yang akan terjadi pada masyarakat kita 20 tahun akan datang? adakah masyarakat kita akan dipenuhi oleh manusia yang tiada berbapa dan tiada beribu? Tepuk dada tanya iman. Masih belum terlambat untuk kita mengubahnya....

Thursday, 14 April 2011

Cerita yang tiada berkesudahan........

Tampilnya aku untuk menulis dan membuang masa aku kat blog ni hanyala untuk bercerita mengenai cerita yang tak pernah ada sudahnya, masalah atau persoalan yang timbul yang masih belum ada jawapannya sampai la ni dan saja suka2 nak tulis blog sebab tengok member semua ada blog sendiri walaupun blog tu simple je, janji ada. Aku bukan la pandai sangat untuk mengarang ayat, cuma apa yang aku tau aku nak kongsi apa2 je maklumat yang aku tau pada semua orang untuk manfaat bersama. Korang kalau ada apa2 info boleh gak share dengan aku k.

Aku nak announce kat tv tak mampu, so blog je la platform yang terbaik dan termurah untuk kita share maklumat atau apa2 je. Kalau kat Facebook boleh jugak, tapi yang friends saja yang boleh baca apa maklumat dalam facebook kita sebabnya ramai yang pilih "private" supaya tak diganggu oleh stalker yang tak dikenali. Dalam dunia ni banyak sangat cerita, banyak drama dan banyak seloka. Hidup ini indah disebabkan kita ni Tuhan jadikan dengan kepelbagaian dan kelainan. Ada lelaki ada perempuan, ada besar ada kecik, ada panjang ada pendek, memang indah dunia ni, tetapi kita manusia yang selalu memburukkan keindahan ciptan Tuhan. 


Cerita yang tiada berkesudahan adalah cerita dunia kita yang ada saja sambungannya ibarat drama bersiri. Kita tak pernah puas dan bersyukur dengan apa yang telah dianugerahi malahan mengeluh dan mencari alasan segalanya masih belum cukup. Bila nak cukup? itu satu persoalan yang susah untuk dijawab. Kerakusan dan ketamakkan ini yang akan menyebabkan kemusnahan besar. Fikir-fikirkan lah wahai umat Muhammad. Berfikir sejenak lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat. Untuk permulaan ini je la dulu, kalau aku ada idea nanti aku sambung balik k. Chau sin chi....