Aku dilahirkan ke dunia pada tahun 1983 pada bulan Ramadhan. Aku anak pertama hasil perkahwinan mak ayah. Lahirnya aku di Gombak, Selangor. Aku mula bersekolah pada umur 5 tahun iaitu pada tahun 1988. Pada masa itu aku bersekolah di PASTI di Miri Sarawak. Menjelang tahun 1990 aku kembali ke semenanjung dan sambung pendidikan di Sekolah Rendah pula di Sg Sekamat, Kajang. Selepas tamat darjah 6, aku dihantar ke kampung nenek untuk menyambung persekolahan di peringkat menengah. Aku dapat masuk sekolah Arab di Kg Serkam, Merlimau. Di situ aku tamatkan zaman persekolahanku hingga tingkatan 5.
Selepas itu aku sambung pelajaranku di sebuah Universiti di Kuala Lumpur iaitu UTM city campus. Sampai aku tamat belajar, aku mula bekerja di salah satu firma Perunding Hartanah di Kuala Lumpur. 5 tahun di firma Perunding Hartanah tersebut, aku bertukar angin bekerja dalam bidang "Business Development" di salah sebuah "Oil and Gas Company". Tetapi aku hanya bertahan selama setahun sahaja di "Company" tersebut. Aku hanya bertahan selama setahun bukan kerana aku tak bagus, tetapi aku ingin kembali ke bidang yang aku pelajari di Universiti dahulu. Jadi aku pun menubuhkan sebuah syarikat sendiri bersama dengan "partner" ku. Itulah sedikit sebanyak yang aku boleh ceritakan mengenai latar belakangku. Menulis blog ni hanya keje sampinganku. Sekian.