Di zaman sekolah dulu kita selalu mendengar malahan kita belajar dari cikgu kita tentang peribahasa "orang tamak selalu rugi, bagai anjing dengan bayang-bayang". Persoalannya bolehkah peribahasa itu dipakai di zaman sekarang? benarkah orang yang tamak itu selalu rugi?. Jika kita lihat keadaan semasa, orang yang tamak itu yang selalu untung. Selagi dia boleh bedal, dia bedal tak kira la apa pun, duit ke, projek ke, perniagaan ke dan bermacam-macam lagi. Semakin tamak, semakin untung pulak tu. Mana logiknya peribahasa itu tadi? Sebenarnya begini, orang tua-tua dulu buat peribahsa ada sebabnya. Mereka tidak hanya suka-suka untuk membahasakan sesuatu. Mungkin ada cerita disebaliknya yang kita tidak tahu. Ada yang bertanyakan pada nenek atau datuk mereka, "tok kenapa tamak dikaitkan dengan anjing? kenapa tak kucing ke, ayam ke, itik ke?". Kenapa ye? mungkin pada masa itu orang tua-tua melihat anjinglah binatang yang tamak, selalu berebut makanan, mungkin? Ini satu kemungkinan sahaja.
Ada pula yang menggunakan peribahasa ini sebagai malas nak belajar sehinggakan berkata "buat apa nak tamak-tamak belajar, setakat lulus dah le". Itu tidak benar sama sekali. Dalam pembelajaran hendaklah kita menguasai semua subjek dan itu bukanlah bererti kita tamak. Ada faham? Kepada pelajar-pelajar, janganlah menggunakan peribahasa ini untuk menunjukkan sifat kemalasan anda tu. Dalam pekerjaan juga begitu, selalu kedengaran ayat begini "ishhhh, ko tengok budak baru tu, tamak beb, semua benda nak buat, nak bodek bos la tu, macam la bagus", dalam pekerjaan tiada konsep tamak, kau inginkan yang terbaik, buatlah yang terbaik dan bukan bererti kau ingin jadi yang terbaik itu tamak.
Jadi bila perkataan tamak ni kena pada waktunya atau perbuatannya? begini, katakanlah korang sudah mempunyai sesuatu yang sememangnya sudah cukup untuk korang, tetapi korang masih nak benda yang sama sedangkan korang dah ada dan korang memang tak perlukan benda yang sama seperti yang korang ada, dan korang masih nak jugak benda tu sehinggakan orang lain tidak mendapatnya akibat ketamakkan korang...itulah yang dikatakan tamak..so, kalau sifat yang sebegini ada pada korang, memang sah korang ni tamak. Sebab korang tamak, orang lain tak merasa.
No comments:
Post a Comment