Bila sebut je bola, mesti 2 nama ni akan jadi topik perbualan, Ronaldo or Messi? Lebih-lebih lagi di La Liga, Spain dimana tempat kedua-dua pemain ini bertembung antara satu sama lain. Kedua-dua pemain ni seringkali dibandingkan bagi menentukan siapa yang lebih bagus. Tapi pagi tadi Ronaldo akhirnya menunjukkan kehebatan apabila menjaringkan goal kemenangan pada masa tambahan. Dengan goal tersebut, Ronaldo telah menghadiahkan Real Madrid "Copa Del Rey". Inilah kali pertama Real Madrid memenangi piala sejak tahun 2008. Selalunya pasukan Real ni memang susah untuk menewaskan pasukan Barcelona. Tapi kali ini Real Madrid berjaya mengatasi Barcelona dengan jaringan dari Ronaldo.
Dua pemain yang bertaraf "world class" ini memang selalu mendapat perhatian peminat. Malahan kedua-dua pemain ini juga disenaraikan sebagai antara pemain bola sepak terbaik dunia. Akan tetapi buat 2 tahun berturut-turut Messi telah menewaskan Ronaldo dalam perebutan title FIFA World Player of the Year. Ronaldo pernah memenanginya pada tahun 2008 manakala Messi memenanginya pada tahun 2009 dan 2010. Ronaldo lebih popular dengan cara kehidupan sosial beliau berbeza dengan Messi, kehidupan sosial beliau tidak banyak ditayangkan diakhbar-akhbar dan majalah. Ini kerana Ronaldo memiliki kehidupan sosial yang agak liar berbanding Messi. Ronaldo dikatakan suka berfoya-foya dengan perempuan dan suka melepak di kelab-kelab malam ternama. Apa tidaknya, dah la muda, kaya pulak tu, mestilah nak enjoy dulu.
Akan tetapi apabila di padang bola, kedua-dua mereka telah membuktikan kehebatan masing-masing. Di padang, mereka berdua adalah pemain profesional. Ronaldo dan Messi merupakan pemain yang amat berbakat, kedua-dua mereka ada kelebihan tersendiri.
No comments:
Post a Comment