Saturday, 16 April 2011

Kerana Duit...sanggup menggadai negara

Ada yang cakap, duit bukan segalanya, ada pulak yang jawab memang duit bukan segalanya tetapi sekarang punya zaman segalanya perlukan duit. Pada aku senang je, memang duit bukan segalanya kerana ada perkara dalam dunia ni kita tak akan dapat walaupun kita banyak duit akan tetapi penting jugak duit ni sebab sekarang payah nak dapat benda, perkhidmatan atau apa sahaja dengan percuma, semuanya ada nilai duit. Adakah disebabkan manusia sudah jadi mata duitan? atau manusia sudah rakus dengan kebendaan?. Kerana duit manusia sanggup buat apa sahaja walaupun perkara itu salah disisi Agama dan undang2. Kerakusan ini yang akan menyebabkan kemusnahan.

Tidak dinafikan perlunya duit ini dalam kehidupan sehinggakan ada lagu dicipta mengenai duit yang berbunyi "duit, duit, duit...dimana engkau duit, duit". Tetapi adakah kita akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan duit? sehinggakan sanggup menjual maruah negara? kemana perginya nilai-nilai murni dalam hidup manusia sekarang?. Mereka sanggup menggadaikan apa sahaja demi duit. Malahan ada yang sanggup menerima rasuah berjuta-juta ringgit kerana ingin mendapatkan kekayaan dengan begitu pantas. Negara kita digemparkan dengan berita penahanan pegawai-pegawai kastam yang disyaki menerima rasuah melibatkan wang yang begitu banyak. Dalam perkara ini siapakah yang perlu dipersalahkan? Jika benar mereka ini menerima rasuah ini bermakna negara kita mengalami kerugian akibat perbuatan pegawai-pegawai yang tidak bertanggungjawab. 

Jika negara mengalami kerugian ini bermaksud kita sebagai rakyat juga mengalami kerugian kerana hasil pendapatan negara akan diagihkan kepada rakyat. Jangan sampai negara kita tergadai disebabkan oleh pegawai-pegawai yang tidak amanah seperti ini. Jenayah rasuah perlu dihapuskan sama sekali kerana ia ibarat penyakit kanser yang boleh menular dan menjadi parah. Ingatlah wahai pegawai-pegawai atau kakitangan kerajaan yang telah diberi amanah untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara, jangan sekali-kali korang mencemari amanah itu dengan rasuah kerana akibatnya amatlah buruk. Jangan sampai rakyat membenci dan memaki anda kelak. 

No comments:

Post a Comment