Friday, 15 April 2011

Cinta tanpa akal...

Majoriti diantara kita tahu atau pernah atau ingin bercinta. Ada juga diantara kita apabila ditanya soal cinta lantas dan pantas menjawab serta menghuraikannya. Tetapi persoalannya benarkah mereka semua ni tahu apa maknanya cinta? atau sekadar pandai mendefinasikan cinta itu sahaja? Mana lebih penting cinta atau akal? soalan ini patut ditanya kepada mereka yang sedang bercinta. Mereka yang bercinta begitu taksub dengan pasangan sehinggakan lupa tentang tanggungjawab sebenar. Kerana cinta sanggup menyerahkan apa sahaja termasuk maruah, sanggup ketepikan ahli keluarga sendiri, sanggup membunuh dan sebagainya kononya bila bercinta sanggup melakukan apa saja, lautan api pun sanggup direnangi. Jika ini yang anda katakan cinta, anda salah sama sekali.

Bercinta tanpa menggunakan akal itu adalah satu kebodohan. Kerana akal yang dianugerahkan oleh Tuhan adalah untuk kegunaan manusia membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Bezanya manusia dengan binatang adalah akal, bukannya otak. Binatang pun ada otak juga tapi tak boleh berfikir pun. Apa yang aku lihat sekarang betapa meruncingnya masalah cinta ini terutama sekali dikalangan muda-mudi atau lebih dikenali sebagai remaja. Masalah yang berlaku dikalangan remaja kini amat menakutkan. Belum pun habis belajar, sudah bercinta sehingga mengabaikan amanah yang diberi oleh ibu bapa. Dengan adanya laman sosial seperti Facebook, mereka tanpa segan silu mengistiharkan diri mereka sebagai pasagan seolah-olah mereka sudah diijabkabulkan. Fenomena ini seolah-olah sudah biasa dan tiada salahnya.

Mereka seolah-olah sudah hilang sifat malu, bergambar bersama pasangan bukan muhrim tanpa rasa segan silu dan yang paling dasyat sekali menayangkan gambar tersebut dikalangan kawan-kawan. Mana letaknya sifat malu itu? Apabila nafsu telah bermaharajalela, akal yang dianugerahkan oleh Tuhan tidak dapat berfungsi dengan baik kerana nafsu dan iblis telah menguasai jiwa. Kerana itulah terjadinya masalah pembuagan bayi yang tidak berdosa. Sampai bilakah perkara dosa ini akan berterusan? apakah tindakan kita seterusnya? adahkah hanya menunding jari kepada orang lain? Renungkanlah wahai umat manusia, jika perkara sebegini berterusan kepada masyarakat kita, apakah yang akan terjadi pada masyarakat kita 20 tahun akan datang? adakah masyarakat kita akan dipenuhi oleh manusia yang tiada berbapa dan tiada beribu? Tepuk dada tanya iman. Masih belum terlambat untuk kita mengubahnya....

No comments:

Post a Comment